Kita ni memang tak lepas dari buat salah dan silap. Jadi nak mengelakkan dari malu akibat kesilapan tersebut, bolehlah guna tips ni
1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu.
Jumaat, 4 Mac 2011
Malu
Dicatat oleh nazirah di Jumaat, Mac 04, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan